Khalid Kesal Kad Ucapan Hari Raya Tidak Disampaikan
SHAH ALAM, 9 September - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal apabila dua guni kad ucapan Hari Raya beliau, dijumpai tersadai di sebuah pondok pengawal keselamatan di Bandar Tun Razak.
Menurutnya, kad ucapan tersebut sepatutnya diedarkan kepada penduduk Bandar Tun Razak yang juga penyokongnya sebagai tanda ingatan sempena hari raya.
Tan Sri Khalid berkata, pihaknya telah menghantar kad-kad tersebut beserta dengan stem dan sepatutnya tiada masalah dalam penghantaran itu.
“Perkara ini akan diperhatikan dan kita selidiki, apa alasan pihak pos untuk tidak menghantar surat-surat tersebut, lagipun surat-surat itu sudah distem, maknanya sudah dibayar, sekurang-kurangnya ia akan dihantar kepada orang yang sepatutnya dihantar,” katanya.
Menurut Tan Sri Khalid lagi, alamat penerima yang diperolehi juga adalah tepat iaitu daripada data pengundi kawasan itu dan pihak Pos Malaysia sepatutnya memaklumkan kepada beliau sekiranya alamat penerima tersebut tidak tepat.
“Alamat yang diberikan oleh pengundi-pengundi, mendapat alamat pengundi melalui data yang dinyatakan dalam SPR. Dan alamat itu sepatutnya akan sampai ke tangan orang yang dihantar,” katanya.
“Kemudian kalau tak sampai, mereka akan maklumkan samada orang itu ada atau tidak,” katanya.
Dua guni kad ucapan daripada Tan Sri Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu ditemui di pondok pengawal kawasan itu sejak Jumaat lalu.
Pengawal di situ terpaksa memaklumkannya kepada Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Othman Karim apabila tiada sebarang respon yang diterima daripada posmen yang bertugas di kawasan itu.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment