http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/uploads/2009/09/siasat-penyelewengan-tanah-300x220.jpg

KLANG - Penduduk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi perhatian dan melakukan siasatan segera ke atas dakwaan penyelewengan pemilikan tanah di Jalan Bukit Kerayong dan Jalan Papan, Pandamaran, di sini.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Papan, Ang Mah Chye berkata, pemaju yang diamanahkan tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri iaitu projek pembangunan yang dijalankan di situ sepatutnya tidak berorientasikan keuntungan dan berobjektif sosial kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, pihaknya bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penduduk setempat telah membuat satu laporan berhubung penyelewengan tanah berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Shah Alam, kelmarin.

Katanya, pemaju berkenaan telah menjual tanah di situ dengan harga RM32 juta dan memperoleh untung bersih sebanyak RM18,037,091.10 serta syarikat pembeli yang telah dikenal pasti akan memperoleh keuntungan sebanyak RM150 juta.

“Terlalu banyak penyelewengan yang menekan kami sejak bertahun lamanya tanpa ada pihak membuka mata mengatasi kemelut yang berlaku.

sinarharian,5/9/2009

No comments

Powered by Blogger.