Mat Said Mengamuk Kat Ganu!

MB T’ganu beri tempoh seminggu untuk akhbar mohon maaf


KUALA TERENGGANU 9 Sept. — Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada sebuah akhbar tempatan supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.

Katanya, jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept. lepas.

“(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk “Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu” itu, Ahmad berkata, laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.