Michael Jackson selamat disemadikan

http://www.mstar.com.my/archives/2009/9/4/mstar_hiburan/apmj11.jpg

Adik-beradik Michael (dari kiri) Janet Jackson, Randy Jackson, Jackie Jackson, Tito Jackson, Jermaine Jackson and Marlon Jackson di upacara pengebumian tersebut - foto AP

GLENDALE, California: Raja Pop Michael Jackson, akhirnya selamat disemadikan di Forest Lawn Glendale, hari ini, selepas lebih dua bulan meninggal dunia.

Upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh lebih 200 jemputan terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat pengibur tersohor dunia itu dimulakan beberapa jam lewat kerana menantikan ketibaan keluarga Michael di tanah perkuburan itu.

Pada awalnya, upacara itu dijadualkan bermula pada pukul 7 malam (waktu tempatan).

Al Sharpton turut berucap di upacara itu manakala Gladys Knight telah membuat persembahan. Sebelum pukul 10 malam tadi (waktu tempatan), Sharpton menulis di dalam laman web Twitter, "Michael Jackson telah disemadikan."

Michael meninggal dunia pada 25 Jun lalu pada usia 50 tahun.

No comments

Powered by Blogger.