Minyak oh Minyak – Kenapa Naik Lagi?

MINYAK gambar_608



KUALA LUMPUR 31 Ogos – Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam. – Utusan Malaysia

Inilah habuan sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 negara.

Kenaikan harga minyak akan diikuti oleh kenaikan 1001 jenis barangan pengguna yang pasti membebankan rakyat berpendapatan rendah. Raya Aidilfitri kali ini pasti ramai yang mengeluh.

Oleh itu, kerajaan mesti bekerja keras mengawal kenaikan harga barangan yang tidak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga minyak.

Namun, seperti lazimnya, kerajaan selalu gagal mengawal kenaikan harga barangan. Malah dalam situasi tertentu kerajaan lebih bersimpati dengan pengusaha daripada rakyat jelata.

Nota kaki: Kepada pengeluar, pengusaha, pemborong dan penjual barangan, undilah BN agar kenaikan harga barangan boleh dilakukan sesuka hati.

(Perbincangan royalti minyak antara Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan sudah sampai ke takuk mana? Minyak naik bererti royalti minyak kepada Kelantan juga bertambah).


sumber...

No comments

Powered by Blogger.