Nasib Anak Orang Tan Sri.....

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan anak lelaki bekas timbalan menteri dan dua yang lain daripada tuduhan membunuh seorang doktor enam tahun lepas.

Hakim Datuk Md Raus Shariff yang mengetuai panel terdiri daripada hakim-hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara menolak rayuan pendakwa raya terhadap keputusan pembebasan tiga orang itu.

Pada 5 Nov 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pelajar kolej Nor Adzlan Idris, 26; Lee Jun Jo, 28; dan Choy Chin Chuan, 26; kedua-duanya menganggur, tanpa memanggil mereka membela diri, setelah memutuskan bahawa pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka dituduh membunuh Dr T Ariaratnam, 66, di Arinaga Medical Centre di Bangsar Park di sini antara 3.30 pagi dan 4.00 pagi 21 April 2003.

Nor Adzlan ialah anak kepada Tan Sri Idris Abdul Rauf, bekas timbalan menteri wilayah persekutuan dan bekas MP Parit Buntar.

Ketiga-tiga mereka hadir di mahkamah. Lee, bagaimanapun dihantar semula ke penjara Sungai Buloh sementara menunggu keputusan satu lagi kes.

Peguam Naran Singh mewakili Nor Adzlan, dan Choy tidak diwakili peguam.

Sementara Lee memberitahu mahkamah bahawa peguamnya dari Tetuan Gooi dan Azura tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi bertindak bagi pihak pendakwa. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.