PAS Pahang serah deklarasi 5 perkara kepada Muhyidin
TEMERLOH, 2 Sept: PAS negeri Pahang akan menyerahkan lima deklarasi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menuntut kerajaan memartabatkan semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata lima deklarasi bahasa yang telah diperolehi hasil Kovensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa anjuran PAS Pahang, di Jerantut, baru-baru ini menuntut kepada pemerhatian serius kerajaan yang memerintah.
“Sekretariat kami telah menghubungi pihak kementerian dan memberi penetapan tarikh 3 September (besok) bersamaan hari Khamis untuk bertemu menteri pada pukul 11 pagi di pejabatnya di Putra Jaya. Pihak kami berharap Tan Sri Mahyuddin akan bersedia untuk bertemu dan menerimanya,” katanya.
Tambah Hasanuddin penyerahan deklarasi oleh PAS Pahang itu nanti akan membuktikan betapa bersungguhnya PAS Pahang untuk terlibat secara aktif membantu rakyat dalam menyelesaikan kemelut yang menjadi kegelisahan rakyat selama ini.
“Selain dari angka 3 juta pelajar jadi korban akibat pengamalan dasar PPSMI sebagaimana yang didedahkan Mahyuddin, kami juga menuntut supaya bahasa Malaysia itu sendiri hendaklah menjadi bahasa pembudayaan negara.
“Kami melihat pembudayaan bahasa amat penting bagi memperkukuhkan jati diri bangsa. Bahasa juga boleh berperanan membentuk perpaduan nasional,” katanya.

No comments
Post a Comment