Peguam Negara Diarah Jawab Afidavit Balasan Kerajaan Negeri

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Peguam Negara menjawab afidavit balasan yang difailkan Kerajaan Selangor berhubung permohonan Peguam Negara bagi mengisytiharkan pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam, sebagai tidak sah dan terbatal.

Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim ketika mengeluarkan arahan itu di

dalam kamarnya juga memerintahkan Peguam Negara menjawab permohonan yang

difailkan Kerajaan Selangor pada Jumaat lepas bagi membatalkan saman pemulanya

itu.

Mahkamah turut menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes.

Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun hadir mewakili pihak plaintif

sementara pihak defendan diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Pada 20 Ogos lepas, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan saman

pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi memohon satu perintah

deklarasi bahawa pekeliling berkenaan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bertarikh 28 Julai lepas, sebagai tidak sah dan terbatal.

No comments

Powered by Blogger.