Pemuda Pas NS9 Yakin Pas Boleh Tawan Bagan Pinang!

Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan dakwaan DAP yang menyatakan Pas akan kalah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairil Anwar Mohd Wafa berkata, DAP tidak seharusnya melontarkan pandangan sebegitu kerana politik semasa kini berada dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai perkara boleh berlaku.

Menurutnya, undi pos yang berjumlah 5,000 itu bukanlah penentu kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana beliau yakin Pas juga mempunyai harapan tinggi untuk menang.

“Mengikut pilihan raya umum yang lalu, daripada 5,000 pengundi pos, seramai lebih kurang 1,000 pengundi memilih Pas, dan kita yakin, bilangan undi ini akan bertambah pada pilihan raya kecil kali ini.

“Oleh itu, bagi memantapkan pilihan raya kali ini, kita akan menjemput bekas-bekas pegawai tentera yang sudah sertai Pas untuk berceramah bagi membantu parti dalam berkempen, sekali gus memancing undi.

“Ini penting bagi memberi keyakinan kepada anggota tentera atau polis agar terus memilih Pas sebagai parti mereka pada pilihan raya kecil ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam

Menurutnya, ini adalah strategi awal Pas untuk memancing undi dan membangkitkan kembali kesedaran masyarakat tempatan agar memilih Pas untuk mentadbir di DUN Bagan Pinang.

“Kita yakin, Pas mempunyai peluang untuk menang, malah peratus kemenangan juga adalah melebihi 50 peratus.

“Sekiranya BN mencalonkan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka di Bagan Pinang, sudah pasti kemenangan akan terus berpihak kepada Pas.

“Faktor calon memainkan peranan penting dan kita yakin masyarakat tidak mahukan beliau (Isa Samad) sebagai pemimpin di sana,” katanya.

1 comment

Pak Oncu said...

Kalau nak jemput BEKAS PEGAWAI boleh,, tetapi JANGAN LAH JEMPUT MEJOR KE BAWAH,,, membuang masa, kalau nak di panggil berceramah sekurang kurangnya Full KOL.....!!!
PAS N9 jgn jadi banggang tak leh di ajar coghodik tak leh di ikut,,,,,!!

Powered by Blogger.