Pengalaman Pengguna Yang Menggunakan Minyak Ron 95

Genap 2 minggu kenaikkan harga minyak petrol di Malaysia. Sebelum ini aku ada sebutkan dan membangkang berkaitan RoN-95 dan RoN-97 dari segi kualiti dan harga. Walaupun kerajaan mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan kualiti RoN-95 telah di upgradekan bersesuaian dengan harganya RM1.80 seliter, tetapi bagi aku semuanya kencing, bagi menghalalkan tindakan mereka sahaja.

Hasil pengalaman aku selama 2 minggu ini, pada minggu pertama oleh kerana hendak menjimatkan kos poket sebermula 1 Sept. hari tu aku pam minyak ron 95 (Honda City iDSi) dan pada minggu pertama ini aku kerap berulang antara Petaling Jaya – Seremban – Port Dickson – Petaling Jaya. (Ini berdasarkan pengalaman Aku, pengalaman korang aku tak tau la…)

1) Kadar pembakaran terlalu lembab.
2) Deruman Enjin kedengaran lebih kuat.
3) Pickup pun rasa kurang, terutama sewaktu memotong… macam cibai…

Selalunya sewaktu memotong di jalan dua hala aku akan menggunakan gear manual, tetapi kali ini dapat dirasakan perbezaannya apabila aku cuba memotong lori atau bas di mana setelah aku menekan butang manual dan drop gear, aku terpaksa menekan minyak lebih sikit dan kuasa pecutan macam sial jer…. mengaum enjin di buatnya.

Untuk trip yang kedua dengan jarak perjalanan yang sama, aku sengaja habiskan semua RoN-95 yang ada dalam tangki dengan membiarkan sehingga jarum minyak mencecah “E” dan pam RoN-97 dengan harga yang sama (RM50.00) dan bezanya cuma kekurangan kuantiti minyak jer, setelah setengah perjalanan barulah terasa akan perbezaannya kembali, enjin kereta aku dan back to normal, daya pecutan jangan cakap la… tekan pedal minyak sikit jer… mencanak… beb…, enjin pun terasa lembut dan senyap.

Keputusannya, terpaksalah aku terus menggunakan (Rosmah On Najib – 97) walaupun harganya mahal, sebab kalau difikirkan buat apa nak menyeksa dan memaksa enjin kereta aku bekerja lebih dan akhirnya sakit. Apabila enjin kereta sakit yang rabaknya poket aku jugak, silap hari bulan ribu-riban jugak… belanjanya. Bukan merabakkan poket Ismail Sabri ke…, Najib… ke.. mahupun Rosmah… semua malaun tu dah tentunya naik kereta pun tak pernah pam minyak sendiri… semuanya free… so apa yang diorang tau kesusahan rakyat…

So kesimpulan yang aku dapat ialah sebuah kekecewaan kerana kerajaan menaikkan harga minyak menyebabkan kemampuan untuk penjimatan belanja pengunaan minyak aku terbatas malah budget bulanan pun dah tergelincir. Sialan… punya Kerajaan UBN…

Dan di sebabkan naiknya Rosmah On Najib, maka makin mengkayakan keparat-keparat, kroni-kroni dalam syarikat minyak. Dan kononnya menjimatkan subsidi minyak semuanya auta diorang jer…, sedangkan penjimatan RM13 billion sebulan sejak zaman PakLah dulu yang kononnya hendak memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam tak nampak hasil pun…? Kencing berjela-jela la…. dan rakyat masih diperbodohkan lagi oleh cerdik pandai pembelit UBN nih…

Di atas jasa baik Kerajaan Rosmah On Najib (RoN) mari kita hadiahkan ucapan 'sayonara' untuk pilihanraya Bagan Pinang nanti. Tumbangkanlah parti penipu nih….

Isa: Rosmah On Najib 97 pumps!!!!, patutlah Najib lembik semacam jer….

No comments

Powered by Blogger.