Peruntukan RM140 juta untuk kampus UMK Bachok, Jeli

KOTA BAHARU 23 Sept.— Kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM140 juta untuk menyiapkan pembinaan kampus tetap Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di jajahan Bachok dan Jeli.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Zainal Mohamed berkata, peruntukan yang diluluskan itu membolehkan kampus berkenaan disiapkan pada akhir tahun hadapan.

Katanya, sebanyak RM100 juta telah diluluskan kepada kampus utama UMK di Bachok manakala RM40 juta untuk kampus kedua UMK di Jeli.

Beliau berkata, penubuhan UMK akan membuka lebih banyak peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di Pantai Timur.

“Pembinaan fizikal universiti boleh merancakkan pembangunan sekitar kerana dengan ramainya pelajar dan pensyarah maka terdapat peluang perniagaan di kawasan itu berikutan wujudnya penempatan,” katanya.

Sehingga kini 1,253 pelajar sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Beliau berkata, 294 pelajar diambil pada 2007 untuk meneruskan pengajian mereka di UMK dan menjangkakan jumlah pengambilan meningkat kepada 2,150 pelajar pada tahun depan.-Bernama

No comments

Powered by Blogger.