PRK Bagan Pinang dan ujian besar BN di Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat berkeyakinan bahawa calon PAS yang telah diberikan mandat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan akan mencapai kemenangan baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang selepas hari raya ini nanti.

DPPN Pk juga melihat sepanjang PRK yang telah di lalui iaitu 8 PRK baru-baru ini amat memihak kepada PR kecuali di Sarawak. Apa yang dapat di lihat bahawa rakyat yang pernah memilih Barisan Nasional (BN) mewakili mereka, tidak berbuat demikian semula semasa PRK yang telah mereka lalui.

Ini memberikan 'signal' jelas bahawa selepas PRK Bagan Pinang ini berlalu, akan ada PRK Negeri Perak yang jelas akan diteruskan tradisi kemenangan oleh PR. Perak adalah ujian besar BN di dalam mana-mana PRK yang mereka lalui kerana usaha jahat mereka merampas pentadbiran Kerajaan PR Perak akan membuat kemarahan rakyat seluruhnya.

DPPN Pk mengharapkan seluruh jentera Pemuda PAS Perak untuk sama-sama turun membantu PR di PRK Bagan Penang ini sebagai gelanggang pemanas badan. Pemuda PAS Perak harus bersedia selepas ini untuk memastikan PR Perak akan memenangi dan juga menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam PRK Negeri Perak nanti.

Pengarah Pilihan raya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments

Powered by Blogger.