Rakyat Menyampah BN – Samy Vellu

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

“Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

“Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN,” katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN. (Malaysiakini)

Ini cerita bagus. Sorak jangan tidak bersorak. Tepuk tangan jangan tidak bertepuk. Semalam Samy bidas Mahathir. Hari ini Samy bidas BN. Kali ini tentu ramai orang percaya dengan kata-kata Samy Vellu – rakyat menyampah dengan BN, bukan menyampah dengan beliau. Maksudnya beliau kalah dalam PRU 2008 kerana BN. Kalau bukan kerana BN, sahih Samy memang besar.

Tidak menyesalkah orang Sungai Siput menolak Samy? Dey, jalan rosak siapa mahu baiki?

BN betul-betul berada di penghujung hayat. Bermula dengan Mahathir yang kritik UMNO/BN kerana marah kepada Pak Lah. Kemudian diikuti oleh pemimpin komponen lain. Sekarang tiba giliran Samy Vellu untuk “memastikan agar BN cepat-cepat mati”.

Siapa yang dapat menyekat perpecahan BN, dialah betul-betul hero, lebih hero daripada Shah Rukh Khan.
Prasert E.C.

No comments

Powered by Blogger.