’Rangking’ Keselamatan Negara Jatuh 25 anak tangga, batalkan perlantikan Musa Hassan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bimbang terhadap tahap keselamatan negara yang kian meleset akhir-akhir ini sebagaiamana didedahkan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, ranking keselamatan negara telah jatuh 25 tangga kepada kedudukan ke-85.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berkata laporan berkenaan turut mendedahkan, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95, diaman kedua-dua faktor tersebut membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

Beliau berkata, isu keselamatan bukan sahaja menjadi satu ’kerisauan’ kepada rakyat lokal tetapi pelaburan internasional juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.

Oleh itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dibatalkan.


”PAS sebelum ini yang membantah penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah tepat berdasarkan nilaian masa depan ekonomi dan keselamatan negara,

”fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik,

”Justeru PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan supaya membatalkan pelantikan semula beliau atas prestasi beliau yang gagal memperbaiki kedudukan (rangking) keselamatan negara” ,”jelas Ustaz Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya.

No comments

Powered by Blogger.