Rupanya kuil di SS19 itu wujud sejak 150 tahun dulu. Kenapa sekarang Umno baru hendak memberontak?

Saya terbaca berita Agensi Berita Perancis AFP mengenai kuil hindu yang berada di Seksyen 19 Shah Alam dan mahu dipindahkan ke Seksyen 23 itu

Rupanya, Kuil Sri Maha Mariamman itu telah berada di tapak itu sejak 150 tahun dahulu.

Perkara ini menjadi masalah apabila kawasan sekitar kuil tersebut kini telah dipenuhi oleh penduduk melayu. Pihak pemaju kawasan itu pula, tidak memasukkan kuil tersebut di dalam plan semasa menjual rumah dikawasan tersebut.

Apabila para pembeli mula menduduki rumah mereka masing-masing, pemaju pula berjanji untuk memindahkan kuil tersebut ke tempat lain.

Memandangkan kuil tersebut telah wujud sejak 150 tahun dahulu, maka memang sepatutnya bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi berkata bahawa perkara ini diselesaikan dari awal dari awal lagi.

Maka, bagi saya, Umno yang telah memerintah negeri Selangor ini sejak 50 tahun dulu sepatutnya telah lama menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana pun, kerajaan Selangor pimpinan Umno di bawah Khir Toyo cuma bijak menghabiskan wang rakyat didalam isi ini. Ini kerana, mereka telah membelanjakan wang sebanyak RM1 juta tetapi tiada hasil. Satu lagi bukti kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.

Kini, setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya dan mentadbir negeri ini, masalah ini terpaksa ditanggung oleh Pakatan Rakyat pula. Namum begitu, jalan penyelesaiannya tampak sukar apabila usaha ini sering diganggu oleh samseng-samseng Umno.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.