Rupanya UMNO Papa Kedana! TAhu Guna Duit Rakyat Sahaja!

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan pembatalan nama bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai defendan dalam kes saman RM218 juta yang difail terhadap UMNO.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Elegant Advisor Sdn. Bhd. menamakan bekas setiausaha bahagian pentadbiran dan kewangan UMNO, Datuk Ishak Abdul Rahman sebagai defendan baru, dan Hakim Anantham Kasinater mengarahkan syarikat itu membayar pampasan RM5,000 kepada Abdul Azim dalam tempoh 14 hari.

Abdul Azim diarah oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Julai tahun lepas membayar Elegant Advisory RM218 juta, dan faedah serta kos, selepas beliau gagal memberikan respons kepada saman yang difail syarikat itu pada 23 Jun tahun lepas.

Beliau kemudiannya berjaya mengenepikan perintah itu pada 21 Januari lepas.

Mahkamah hari ini menetapkan 10 September untuk memberikan keputusannya terhadap permohonan Umno mengenepikan saman yang difail oleh syarikat itu.

Dalam writ samannya syarikat itu berkata, ia terbabit dengan kegiatan membekal peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan; dan pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004 pihaknya membekalkan UMNO dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu berkata, ia kemudiannya menghantar invois RM218,013,475 untuk mendapatkan pembayaran, namun defendan gagal membayarnya.

- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.