Siapa kata DAP bukan untuk Melayu Muslim? Ahli Baru DAP Melayu berkata perjuangan DAP mirip perjuangan Islam
Seperti yang dilaporkan di akhbar Harakah, pandangan terhadap parti DAP semakin berubah. Orang Melayu tidak perlu gementar atau rasa tidak selesa menyertai DAP lagi kerana DAP bukan parti berdasarkan kaum, malah merupakan parti yang mengangkat semangat keMalaysiaan yang berlandaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai teras seperti anti-rasuah dan keadilan dan kesamarataan untuk seluruh penduduk Malaysia tidak kira bangsa atau agama (baca, misalnya, ulasan Tunku Abdul Aziz). Dengan itu, perjuangan sosialisma tidak beza dan tidak bercanggah dengan prinsip yang didokong sebuah pentadbiran Islam. Ini diiktiraf oleh seorang ahli baru DAP, Saiful Alimin dan terbukti dengan pemilihan ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara yang berbangsa Melayu semalam.
Berita tambahan, dari akhbar Sinar Harian, di sini.
Warga Malaysia tidak kira Melayu atau lain-lain yang percaya dan berpegang teguh pada (i) prinsip kesamarataan di antara umat manusia, (ii) perjuangan abadi demi keadilan serta (iii) pentadbiran yang berasaskan suara rakyat secara terus dan telus, tanpa mengambil kira kepercayaan, warna kulit, darjat atau milik harta tidak perlu takut atau ragu-ragu untuk mengundi, menyokong atau menyertai parti DAP.
Abaikanlah hasutan golongan-golongan yang menabur propaganda dusta tentang DAP. Bacalah sendiri mengenai perjuangan DAP di sini dan di sini. Fahamilah apa dia demokrasi sosialisma dan kepentingannya bagi sistem politik Malaysia yang didominasi golongan atasan yang berharta dan berpengaruh (golongan elit dan bangsawan) manakala rakyat marhaen biasa disedekah sejengkal tanah dan dilontarkan sisa tinggalan. Binalah pendapat dan buatlah pilihan dengan akal masing-masing.
http://paksako.blogspot.com/2009/09/siapa-kata-dap-bukan-untuk-melayu.html

1 comment
Bubarkan hamPAS, masuk DAP kesemuanya.
Post a Comment