SIAPA YANG KERAS KEPALA DAP ATAU PKR SABAH?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN



LUANGKAN masa untuk kita mengkaji kembali kekalahan Pakatan Rakyat di Sabah pada PRU-12 yang lalu. Kita kaji semula daripada ramainya penyokong setiap komponen Pakatan Rakyat di kawasan yang dipertandingkan begitu ketara sekali perpecahan undi Pakatan Rakyat berlaku. Kesilapan sebegini akan lebih parah lagi berlaku pada PRU-13 jika tidak dibendung dari sekarang.

Pada mulanya sebelum PRU-12 diadakan, kita cuma dengar dari sebelah pihak sahaja bahawa DAP berdegil dan tamak untuk mendapatkan agehan kerusi di kawasan majoriti Cina yang akhirnya diberikan kepada PKR. Bila kita kaji semula keputusan PRU-12 di kawasan Cina, maka baru kita sedar bahawa yang terlalu keras kepala, terlalu banyak cakap kurang kerja adalah dari pihak PKR.

Jika tidak percaya, mari kita kaji undi beberapa kawasan pilihanraya di Sabah di bawah ini:

N14:Likas

Datuk Liew Teck Chan (BN dapat 4,097)

Joan Goh Penn Nee (DAP dapat 3,235)

Yap Siew Kiong (PKR dapat 1,888)

Bebas 182

Nota: Jika PKR tidak bertanding di N 14, maka peluang calon DAP akan mendapat kelebihan 1,026 undi dari BN, maka calon DAP akan menang.



N16 Luyang:

Melanie Chia Kui Ket (BN dapat 5,073)

Fung Kong Win (DAP dapat 3,571)

Alexander Wong Yun Kiong (PKR dapat 2,794)

Bebas 92

DAP boleh mendapat kelebihan undi dari BN berjumlah 1,294 jika PKR tidak turut bertanding di N16 dan sudah pastinya DAP akan memperoleh kemenangan dan menambah kerusi di DUN Sabah.



N19 Kepayan:

Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN dapat 6,162)

Stephen Jacob Jimbongan (DAP dapat 4,100)

Datuk Chau Chin Tang (PKR dapat 3,658)

DAP boleh mendapat kelebihan undi dari BN berjumlah 1,596 jika calon PKR tidak 'kacau daun'. Sepatutnya PKR Sabah mesti bertolak ansur dengan DAP kerana memandangkan DAP mempunyai ramai penyokong dikawasan N14, N16 dan N19.

Mengkaji senario politik PRU-12 kita yakin di kawasan Cina, Pakatan Rakyat akan dapat menumbangkan calon-calon BN dengan mudah asalkan komponen Pakatan Rakyat Sabah saling bertolak ansur, hindarkan perasaan tamak, keras kepala dan jadikan perundingan itu sebagai kunci untuk mencapai kemenangan Pakatan Rakyat seperti dalam semua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia.

N 13 Inanam:

Datuk Goh Chin Lok (BN dapat 5,979)

Daniel John Jambun (PKR dapat 4,293)

Jeffrey Kumin (DAP dapat 2,864)

Bebas 196

PKR boleh mendapat kelebihan undi dari BN berjumlah 1,178 jika calon DAP tidak 'kacau daun'. Ini kesilapan yang dibuat oleh para pemimpin DAP di mana kawasan N 13 majoririti penyokong PKR.

Kalau kita sudah tahu dan akui ada perpecahan undi dalam PRU-12, maka para pemimpin Pakatan Rakyat Sabah mestilah adakan perjumpaan untuk berunding dari sekarang pembahagian kerusi dari hati ke hati.

Bagi kawasan Bumiputera Islam dan Bukan Bumiputera Islam, pada saat ini susah untuk ditelah kerana akan dipengaruhi banyak faktor yang akan memesongkan mereka terutama membuat keputusan di saat akhir dan sering terpengaruh dengan budaya ‘terhutang budi’ sehingga sukar untuk membuat keputusan dan akhirnya merujuk kembali kepada Parti Pemerintah apabila mendapat habuan lumayan, sekalipun telah dilayan secara tidak adil selama ini.


sumber

No comments

Powered by Blogger.