Sultan Selangor Sampai Sumbangan 400 Asnaf

HULU SELANGOR, 4.Sep- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 400 orang anak yatim, fakir, miskin dan saudara baharu sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Nurul Iman, Serendah, Hulu Selangor, petang tadi.

Siri jelajah baginda ke seluruh negeri Selangor ini merupakan salah satu daripada program Ihya’ Ramadhan 2009 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Antara objektif program ini adalah untuk mendekati seluruh rakyat Selangor dibawah pemerintahan baginda Sultan dan sumbangan tersebut sedikit sebanyak mampu membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menjalani ibadah ramadhan kali ini.

Masing-masing menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang manakala asnaf RM200 setiap seorang.

Rata-rata penerima melahirkan rasa gembira, bagi saudara baharu, Siti Zainon Abdullah yang merupakan kali pertama menerima sumbangan menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih diatas pemberian tersebut.

“ Saya dapat sumbangan dan berasa gembira dan berterima kasih kepada mereka, harapan saya semoga dapat bersama dia lagi pada tahun hadapan, ini merupakan kali pertama,” katanya.

Manakala bagi Rashid Iskandar berasal dari Kulu Kubu menerima sumbangan kali kedua daripada kerajaan Negeri dan berharap kerajaan negeri lebih banyak memberi perhatian kepada golongan miskin di kawasan Hulu Selangor.

“Perasaan gembira insyaallah ini kali kedua sebelum ni tahun 2007, bagi saya mudah-mudahan kerajaan negeri bagi sumbangan lagi kepada rakyat-rakyat semua,” katanya.

Saudara baharu, Mohd Ismail Abdullah yang baru memeluk Islam tahun lepas mengucapkan perasaan bersyukur diatas keperihatinan kerajaan dalam memberi sumbangan kepada golongan mualaf seperti mereka.

“Berasa seronok, tidak pernah dapat sebelum ini, ini kali pertama, harapan kerajaan negeri bagi lagi sumbangan ini, saya tiada ibu bapa dan terpaksa tinggal di rumah kebajikan serendah.

Ibu Tunggal, Sarinah Abdullah berkata sumbangan ini adalah merupakan razeki kepada anak-anaknya dalam menempuh bulan ramadhan dan hari raya yang bakal tiba.

“Alhamdulilah kita dapat ini adalah untulk anak, ini kali kedua, saya ucapkan terima kasih kerana membantu orang yang susah macam akan ni dan ibu tunggal, sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Hampir 2000 orang warga Hulu Selangor membanjiri perkarangan masjid untuk berbuka dan bersolat terawih bersama Sultan.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud; Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR.

No comments

Powered by Blogger.