Umno-BN hina undang-undang, tidak hormati Sultan Perak
Oleh Zawawi Hassan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkaitan rampasan kuasa negeri Perak dan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak.
DPPN Pk meminta supaya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Dr. Zambry supaya jangan memperbodohkan rakyat Perak dengan apa yang telah dilakukan terhadap rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat awal Februari lalu. DPPN Pk tidak mahu Umno-Barisan Nasinal (BN) memperbodohkan rakyat Perak dengan isu yang ada, malah DPPN Pk yakin rakyat akan memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui negeri Perak.
DPPN Pk mencabar Umno-BN supaya mengikut peraturan, undang-undang dan juga Perlembagaan bagi menentukan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dan yang terkini status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah mengisytiharkan diri mereka itu ADUN Bebas. DPPN Pk mempersoalkan Umno-BN kenapa takut kepada kuasa rakyat jika Umno-BN benar-benar kuat.
DPPN Pk hari ini mencabar Pergerakan Pemuda Umno-BN Negeri Perak yang hanya tahu berkokok melalui media tetapi bacul untuk berdebat, siapakah sebenarnya mengikut peraturan, undang-undang atau Perlembagaan dengan rampasan kuasa jahat Umno-BN. Bagi tujuan tersebut DPPN Pk menyerahkan segala pengurusan samada tempat, masa dan isu untuk di perdebatkan kepada Pemuda Umno-BN.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak_

No comments
Post a Comment