UMNO Parti Islam? SAH Najib Makin Terdesak Untuk Melawa Tok Guru Nik Aziz!
SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.
Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. – Utusan Malaysia.
Pengakuan terdesak Datuk Seri Najib Razak ini tentulah ada kaitan dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyamakan orang yang menolak dasar Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan sebagai setinggan di bumi ini.
Siapa makan cili, maka dialah yang terasa pedasnya. Setinggan dalam kata lain disebut rumah haram. Kalau parti yang menolak dasar Islam, maka parti tersebut umpama parti setinggan, parti rumah haram.
Menurut Nik Aziz, UMNO dianggap sebagai tinggal tanpa izin di atas bumi Allah kerana mereka mencipta dasar yang tidak selaras dengan dasar Islam.
“Kalau hukum dunia, setinggan ini perlu dirobohkan, dihalang. PAS satu sahaja yang dibuatnya iaitu meniru keputusan yang dibuat oleh Allah mengenai akidah. PAS tidak buat akidah sendiri. Bila UMNO buat akidah yang bernama akidah UMNO, dia sudah buat benda palsu,” kata Tok Guru Nik Aziz – (Sinar Harian).
Setinggan perlu diroboh dan dihalang, kata Tok Guru. Maka “parti setinggan” juga mesti diroboh dan dihalang.
Untuk mengelakkan rakyat tersalah faham, maka Presiden UMNO terus sahaja membalas bahawa UMNO parti Islam. Jadi, UMNO ialah parti Islam pertama yang menerima keahlian bukan Islam. Selain bukan Islam Sabah, ramai juga bukan Islam Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan yang menjadi ahli UMNO. Sekarang pun masih ada yang terhegeh-hegeh mahu minta kad keahlian UMNO. Kononnya dengan kad keahlian UMNO, mudah bagi seseorang itu mendapat projek atau bantuan kerajaan.
UMNO parti Islam. Kita tidak menafikannya kerana itu bukan hak kita. UMNO mendominasi parti BN dan memerintah negara sejak merdeka. Berapa banyak lesen judi, kedai arak dan pusat disko yang telah diluluskan oleh kerajaan BN yang diterajui parti Islam UMNO?
Kalau parti Islam boleh meluluskan lesen judi, arak dan disco, apakah bezanya dengan parti bukan Islam? Atau adakah memberikan lesen “benda haram” ini kepada tauke bukan Islam tidak salah walaupun akhirnya orang Islam sendiri yang gila judi, mabuk arak dan kaki disko?
Jangan mengelirukan rakyat. Mempolitikkan agama bukan sesuatu yang harus dibanggakan. Politk boleh “menghalalkan cara” untuk mencapai matlamat, tetapi agama tidak boleh. Oleh hal demikian, berbicara tentang politik tidak boleh sewenang-wenangnya dibaurkan dengan agama kerana takut kesucian agama akan terpalit oleh kekotoran politik.
satu malaysia

No comments
Post a Comment