Wang zakat anak yatim di seleweng di KK11

Kolej Kediaman Ungku Aziz 11 September : Esok ,12 Sept ,bakal berlangsungnya satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di sini yang di dakwa menelan belanja ribuan ringgit .

Sumber maklumat mengatakan, En. Mohd Imran , penyelia kolej tersebut cuba mengajar taktik kotor kepada ‘adhoc’ majlis itu. Beliau menyarankan kepada jawatankuasa Majlis tersebut agar sejumlah wang yang mencecah RM30,ooo.00 yang diberikan oleh Pusat Zakat untuk Anak-anak yatim itu digunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang di dakwa di dalangi oleh Tim. Naib Canselor (TNC) ,Dato’ Azrae dan beberapa orang pegawai HEP termasuk penyelia kolej berkenaan sendiri.

Dalam masa yang sama, di katakan mahasiswa tahun pertama yang diberi amanah oleh pusat zakat tersebut untuk memperjuangkan hak anak yatim, telah diugut oleh pihak JIK dan JTK kolej berkenaan t untuk menyepak mahasiswa tersebut tersebut jika cuba melawan Penyelia.

Penyelia Kolej berkenaan ,En Imran merupakan bekas Exco Hubungan Luar & perantarabangsaan MPMUM sesi 06/07 dan sekarang menjadi pegwai HEP dan berkhimat penuh sebagai Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz.

Terdaulu , Kolej kediaman telah mengadakan Pelbagai aktiviti yang di katakan menelan belanja yang begitu tinggi sehingga menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Kolej kediaman ke -sebelas juga merupakan kubu kuat kepada Blok mahasiswa pro HEP ( penggerak Mahasiswa ) dalam pilihanraya Kampus.-Um-today.

No comments

Powered by Blogger.