3 lelaki bersenjata pistol rompak van keselamatan

3 lelaki bersenjata pistol rompak van keselamatan

GEORGETOWN: Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM200,000 daripada sebuah van keselamatan di Gelugor di sini hari ini.

Ketika kejadian kira jam 9 pagi itu, van berkenaan berada di belakang bangunan syarikat keselamatan terbabit untuk mengambil wang untuk dihantar ke beberapa bank di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid, berkata tiga lelaki terbabit turut menggarahkan pemandu van keluar sebelum menggarinya di belakang kenderaan itu.

"Selain merompak wang sebanyak RM200,000, tiga perompak terbabit turut melarikan sepucuk pistol dan revolver milik syarikat keselamatan berkenaan yang berada dalam van itu," katanya.

Azam berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu membabitkan orang dalam. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.