Dr Asri berdamai isu memo Yadim

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengancam ingin mengambil tindakan undang-undang, kini telah berdamai dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), kata Menteri di jabatan perdana menteri Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Persetujuan telah dicapai supaya tidak ada lagi saman-menyaman di antara bekas mufti Perlis dengan PGSM, tambahnya.

Beliau berkata perdamaian dicapai itu setelah menemui Dr Mohd Asri dan pemimpin PGSM dalam satu pertemuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pagi ini.

Tokoh agama itu berura-ura menyaman PGSM dan sejumlah NGO Islam berhubung kandungan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pertengahan bulan lalu sebagai membantah pelantikannya untuk mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Dalam sidang media petang ini, Jamil juga berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian di antara mereka secara musyawarah.

Mengulas mengenai isu pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua yayasan berpengaruh itu, Jamil berkata perkara itu masih belum diputuskan.

"Sekarang jawatan itu masih kosong," katanya, yang mengakui sedang meneliti beberapa tokoh yang telah dicadangkan, termasuk Dr Mohd Asri.

Jamil menambah, isu mempertikaikan kelayakan agama Dr Mohd Asri sebagai mufti - seperti dibangkitkan oleh seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - juga tidak timbul kerana pihak berkenaan "telah menarik balik kenyataannya".malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.