Apabila Shit Tolol Menjadi Rakan Rapat Hassan Ali

'Hadiah' Pas untuk DAP

Sinar Harian (1/11/09): Krisis dalaman yang berlaku dalam Pas Selangor hari ini akibat terlalu mengikut telunjuk DAP yang dilihat lebih berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau, juga ketua Pembangkang Selangor berkata, tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu arak baru-baru ini, berteraskan prinsip perjuangan Pas tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada desakan DAP.

"Amat keterlaluan jika pemimpin Pas Pusat memecat Hasan atas sebab ini. Pas mempunyai asas perjuangan sendiri dan mereka diberi mandat untuk memerintah atas sebab agama dan bangsa, jadi jelas krisis dalaman Pas sekarang ada kaitan dengan sekutu mereka (DAP)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar menyifatkan tindakan Pas Selangor yang seakan-akan merestui pemecatan Dr Hasan yang juga Exco Selangor sebagai bukti kelemahan kepimpinan parti itu di Selangor.

"Pas Selangor berdiam diri dan langsung tidak mempertahankan Hasan yang ditekan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Pas Selangor tiada kekuatan langsung," katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching dipetik dalam satu portal berita online menegaskan DAP tiada masalah dengan Pas tetapi hanya bermasalah dengan Dr Hasan yang sering mengkritik keputusan Exco di akhbar sebelum berbincang dengan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata Nie Ching lagi, tindakan Pas Pusat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Hassan adalah sesuatu yang baik walaupun ia lambat dilakukan.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula menyifatkan tindakan mendesak pemecatan Dr Hasan jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya meletakkan kepentingan kuasa lebih dari segala-galanya sehingga sanggup meninggalkan asas perjuangan parti.

Katanya, Dr Hasan menjadi 'kambing hitam' oleh pemimpin Pas untuk mendapatkan sokongan semula ekoran kekalahan Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan penurunan ketara sokongan terhadap Pas oleh golongan bukan Islam.

"Saya bersimpati dengan krisis yang menimpa Hassan hanya kerana berjuang atas prinsip parti diperlakukan sebegini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.