Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 1,300 dipindahkan

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Terengganu semakin buruk dengan sejumlah 1,331 orang daripada empat daerah dipindahkan sehingga jam 5 petang tadi.

Empat daerah terbabit ialah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sementara itu, Bernama melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyediakan 327 pusat pemindahan banjir.

Jurucakap majlis itu pusat pemindahan banjir terbabit boleh menampung sehingga 48,039 mangsa banjir di seluruh Terengganu.

"Kita tidak menjangkakan sebarang masalah daripada segi penempatan mangsa banjir dan daripada segi lojistik termasuk makanan serta keperluan mereka kerana persediaan dibuat dari awal lagi dan mendapat kerjasama 19 agensi kerajaan," katanya.

No comments

Powered by Blogger.