Kalau Kata HAngpa Lembu.Marah Pulak

Polis ambil keterangan Guan Eng, ahli Exco

GEORGETOWN: Polis sudah mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa kerajaan negeri mengarahkan penyerahan bantuan kepada fakir miskin beragama Islam diadakan di tokong Cina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata Guan Eng dan Phee memberi keterangan masing-masing, Rabu lalu.

Kenyataan itu dirakam oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor M Ganesan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu yang sebenar yang menghantar kiriman SMS itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Kerajaan negeri membuat laporan polis Isnin lalu selepas tersebar SMS berkenaan. Kerajaan negeri turut menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas serta fitnah.

SMS itu tersebar selepas kira-kira 20 penerima bantuan beragama Islam menghadiri majlis penyerahan sumbangan anjuran Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kwong Tai Te di sebuah tokong Cina di Teluk Air Tawar, Butterworth, Ahad lalu.

No comments

Powered by Blogger.