Kempen Keadilan Untuk Tian Chua
KEPONG, 1 Nov - Sebanyak 400 tandatangan berjaya dikumpul hari ini dalam kempen Menegakkan Keadilan Tian Chua di Pasar Jinjang Selatan pagi tadi. Kempen yang bermula jam 8.30 berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kecuali dari pihak polis.
Kira-kira lapan anggota polis dari Balai Polis Jinjang menghalang penggunaan pembesar suara dan memeriksa kad pengenalan mereka yang hadir.
Ditemui Tv Selangor, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Lee khai Loon berkata berkata kempen ini sebagai tanda sokongan kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berdepan dengan hukuman penjara berikutan dakwaan mencederakan seorang anggota polis dalam satu perhimpunan di Bangunan Parlimen, dua tahun lalu.
“Hari ini adalah pelancaran untuk kita mengadakan kempen secara besar-besaran di seluruh Kuala Lumpur dan negeri Selangor ,di negeri Selangor kita ada 22 cabang angkatan muda keadilan akan mengadakan kempen di pasar pagi atau malam,yang kita akan turun kepadang untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada orang awam terhadap kes tersebut Tian chua yang dijatuhkan hukuman yang tidak adil ini”,katanya.
Turut hadir menyatakan sokongan untuk kempen ini,Ahli Parlimen Kelana Jaya, Low Gwo Burne dan Ahli Parlimen Segambut,Lim Lip Eng dan Timbalan Ketua cabang Batu, Md Noor Kamil Abd Samad.
Gwo Burne berharap kempen ini dapat membantu menegakkan keadilan untuk Ahli Parlimen tersebut.
“I hope that we were gain more signature today for we the show support to YB Tian Chua and anybody who interested and justice in YB Tian Chua, I hope their step forward not only today, in future we have signature campaign and they were came justice and support Tian Chua”,katanya.
Selain kempen tandatangan pagi tadi,orang ramai turut digalakkan menyertai kelab penyokong Tian chua di http://wwww.justice4tian.co.cc/,memakai lencana ‘Keadilan Untuk Tian Chua serta menyebarkan video kejadian.
Tian Chua pada 22 Oktober lalu dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya, dua tahun lalu.
Hukuman itu menyebabkan Tian Chua berdepan dengan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerusi tersebut mengikut peruntukan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Tian Chua mungkin kehilangan jawatan sebagai ahli parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya.
Peguam bela yang mewakili tertuduh, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad bagaimanapun memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

No comments
Post a Comment