Nadzmi Salleh diserang sakit jantung di India
CHENNAI: Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton, Datuk Nadzmi Mohd Salleh dimasukkan ke Hospital Apollo, India akibat serangan jantung awal pagi tadi.
Beliau mengadu sakit dada ketika membuat pemeriksaan masuk ke hotel penginapannya, Hotel Coromandel, sebelum dikejarkan ke hospital.
Nadzmi, 55, berada di India bagi mengikuti delegasi perdagangan dan pelaburan Malaysia yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed.
Mustapa yang dimaklumkan mengenai berita tersebut telah melawat Nadzmi, yang kini ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, pada kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan).
Nadzmi juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd.-BERNAMA

No comments
Post a Comment