Kenapa siar berlebihan isu Dr Asri?

Salam...

Saya ingin memberi respon kepada penulisan di atas tajuk tersebut dan segala penulisan berkenaan Dr. Asri yang telah disiarkan di dalam Harakahdaily dan juga akhbar Harakah.

Pada saya pihak wartawan dan juga Pengarang Harakah perlu adil di dalam memberikan liputan mengenai kes Dr. Asri di dalam Harakah..Dr. Asri bukanlah ahli Pas bukan juga pimpinan Pas tetapi Harakah memberikan kreadit yang lebih kepada beliau berbanding pihak lawannya iaitu Jabatan Agama Islam Selangor. Sepatutnya jika hendak dipaparkan yang postif mengenai Dr. Asri pihak Harakah juga perlu menyiarkan maklum balas dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor di dalam kes ini supaya para pembaca yang majoritinya ahli Pas dapat maklum balas mengenai kes ini dari kedua-dua pihak yang terlibat dan ia juga adalah lebih adil.

Ini apa yang dikesalkan ialah pihak Harakah hanya menyiarkan berita dari Dr. Asri tanpa menyiarkan kenyataan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor, orang yang melakukan kesalahan mendapat tempat yang baik seolah-olah dia di pihak yang benar, tetapi pemegang amanah yang menjalankan tugas iaitu pihak Jabatan Agama Islam Selangor langsung tidak mendapat tempat di mata wartawan Harakah, saya rasa ini harus diperbetulkan.


Pihak Harakah juga perlu menerima hakikat bahawa akhbar Harakah ini bukan milik individu tetapi milik Parti Islam Se-Malaysia, terdapat ahli Pas yang tidak bersetuju dengan cara Dr. Asri yang mengelirukan masyarakat seperti mengatakan Selawat Syifa' Bercanggah Dengan Akidah, padahal Selawat ini telah diamalkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Pas , Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din jadi orang-orang yang boleh mengelirukan masyarakat dan umat Islam di negara ini tidak perlulah diberikan liputan yang begitu meluas. Adalah diharapkan pihak Harakahdaily Dan akhbar Harakah dapat menjaga sensitiviti pejuang-pejuang Islam di dalam Pas jangan disebabkan manusia bernama Dr. Asri yang tidak ada kena mengena dengan Pas menyebabkan ahli-ahli Pas tidak merasa selesa dengan apa yang disiarkan di dalam Harakah.

Wassalam

Muhammad Yazid Othman
Bangi
Selangor

No comments

Powered by Blogger.