Lebih Ramai Golongan Muda Di Kelantan Beri Sokongan Kepada UMNO – Mohd Fatmi
KOTA BAHARU, 31 Okt – Golongan pemuda di Kelantan di bawah kerajaan pimpinan PAS kini mula beralih sokongan kepada UMNO berikutan parti pembangkang di negeri itu dianggap ketinggalan zaman dalam perjuangan generasi baru.
Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata sambutan golongan muda terhadap UMNO amat menggalakkan setiap tahun berdasarkan peningkatan golongan itu dalam program politik anjuran mereka.
Misalnya, katanya, sejak sayap Puteri UMNO ditubuhkan lapan tahun lepas, penyertaan golongan muda adalah dingin sekali tetapi hari ini terdapat 400 wanita muda menyertai program motivasi sehari Puteri UMNO.
“Ini adalah suatu pencapaian. Terdapat perubahan paradigma di kalangan pemuda Kelantan masa kini. Keadaan semakin berubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi dan kepimpinan Puteri UMNO di sini pada Sabtu.
Berikutan perubahan positif itu, Mohd Fatmi meminta Puetri UMNO Kelantan meningkatkan kempen maklumat dan kesedaran khususnya di kawasan Parlimen Kota Baharu bagi meraih sokongan golongan muda.
Katanya setiap ahli juga digesa mendapatkan dua ahli baru setiap bulan untuk menyertai Puteri UMNO.
– BERNAMA
sekadar berita nak rebut projek la ni.umno kelantan makin hari makin nak mati. ni adalah fakta. banyak janji yang ditabur tapi tak tunaikan.

No comments
Post a Comment