Penduduk Pelabuhan Klang Protes Badrul Hisham

PELABUHAN KLANG, 1 Nov - Penduduk Pelabuhan Klang hari ini mengadakan protes secara aman mendesak Adun Badrul Hisham meletak jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang serta merta.

Tunjuk perasaan ini ekoran tindakan Badrul enggan melepaskan jawatan walaupun mempun yai rekod kerja yang amat buruk.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan usul kepada parti keadilan rakyat menggesa badrul meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat usul ini dikemukakan selepas badrul enggan memperbaiki rekod buruk beliau seperti yang dilaporkan oleh media termasuk Utusan Malaysia.

Beberapa jam kemudian Badrul mengumumkan keluar parti dan sokongan kepada parti pembangkang Barisan Nasional.

Tolak Katak, kita tidak mahu katak antara laungan penduduk ketika tunjuk perasaan ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Badrul perlu melepaskan jawatan supaya warga pelabuhan Klang dapat memilih wakil rakyat yang mahu bekerja melalui pilihan raya kecil.

“Saya cabar dengan Badrul supaya dia keluar dan masuk gelanggang pilihanraya, dan kita akan cabar dia sampai halau keluar dia sebab kita ada lebih bagus wakil-wakil yang boleh ganti beliau”,katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar ,S. Manikavasagam berkata walaupun Badrul menjadi wakil rakyat bebas atau mana-mana parti sekalipun rakyat telah melabel beliau sebagai wakil rakyat yang tidak boleh bekerja.

“Kita akan teruskan dan akan bantah sekeras-kerasnya.Kita tidak mahu sesiapa dari Pakatan Rakyat lompat macam ini”katanya.

No comments

Powered by Blogger.