Nik Aziz Sukses Serap Evolusi Islamologi Di Kelantan.

Siapa sangka, apabila semakin ramai rakyat di Kelantan mula membuka mata terhadap perjuangan PAS di bawah kepimpinan ualama, dalam diam PAS terus menawan hati rakyat dan menangi pilihanraya untuk memerintah. Pas bangkit dan tumbuh di Kelantan hasil daripada kesedaran para ulama’ yang begitu bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis serta rakyatnya mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Tahun 1990 , telah melonjakkan kemenangan Pas dan seterusnya mengukuhkan kedudukan walau terpaksa menghadapi liku-liku pahit bersama serpihan Umno ketika itu, semangat 46. lantaran pengalaman berurusan dengan Umno, Nik Aziz sudah tawar hati untuk memulakan sebaran hubungan baru bersama mereka.

Sepuluh tahun pertama Pas di bawah kepimpinan ulamak telah secara evolusi menerapkan nilai Islamologi dalam masyarakat. Langkah awal ialah dengan menjalankan pentadbiran Kelantan menurut Islam berlandaskan kuasa-kuasa yang ada di peringkat kerajaan Negeri.

Pilihanraya tahun 1999 merupakan tahun peneguhan Pas kelantan apabila UMNO dan Barisan Nasional membuka pintu permasalahan mereka untuk diterjah. Pas Kelantan garap 41 daripada 43 dewan undangan negeri. Peluang kemenangan ini dijadikan Pas Kelantan di bawah kepimpinan ulamak sebagai peluang terbaik untuk mengisi kemenangan untuk kesejahteraan rakyat.

Di bawah kepeimpinan ualamak kelantan terus membangun maju dan terus maju. Penerapan nilai-nilai Islamologi telah berjaya memecut pembangunan Kelantan selengkapnya baik dari segi kerohanian dan juga infrastruktur (fizikal) berasaskan kecanggihan teknologi. Bandingkan Kelantan dengan negeri-negeri yang diperintah BN.

20 tahun Evolusi Islamologi berjaya diterapkan dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Kelantan di bawah kepimpinan Ulama yang diterajui Nik Aziz, ia harus dicontohi dan diambil iktibar dan bukan memperlekeh begitu sahaja seperti yang dilakukan sesetangah.

No comments

Powered by Blogger.