Pemuda MIC Oh Pemuda MIC


PETALING JAYA - Tindakan Pergerakan Pemuda MIC menyerahkan memorandum secara aman di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertukar menjadi tragedi apabila diserang empat lelaki yang bersenjatakan batang besi petang tadi.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota polis yang berada di kawasan tersebut berjaya mengawal situasi dan mengelakkan sebarang insiden tidak dingini berlaku.

Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang selepas mereka menyerahkan memorandum dan menghampiri kereta untuk pulang tetapi telah dihalang oleh individu tersebut.

“ Mereka cuba menimbulkan masalah dan menghalang kami dari menghantar memorandum dengan mengeluarkan kata-kata provokasi ke arah kami.

“Kami disoal mengapa datang ke pejabat PKR tetapi kami berjaya mengawal keadaan dan sama sekali tidak menyangka berlaku pergaduhan kecil, nasib baik tiada siapa yang cedera,”katanya kepada Sinar Harian.


hang p wat apa? nak wat kecoh ker?

No comments

Powered by Blogger.