PKR HULU SELANGOR TURUT MENDESAK YB BADRUL PELABUHAN KLANG LETAK JAWATAN

Kenyataan Media Rakyat/Penerangan Hulu Selangor
PKR Hulu Selangor hari ini mengecam kenyataan YB Badrul Hisham semalam dimana sebenarnya YB sendiri yang mendatangkan terlalu banyak masalah, karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.
PKE Hulu Selangor juga mahukan YB Badrul Hisham meletak jawatannya sebagai seorang ADUN di kawasan Pelabuhan Klang memandangkan rakyat di kawasan itu telah memilih beliau di atas tiket PKR, dan seharusnya dipulangkan kepada rakyat di Pelabuhan Klang untuk memilih semula ADUN baru.

Sekian.
Shaiful Anuar Sulaiman
Ketua Penerangan
Cabang Hulu Selangor

No comments

Powered by Blogger.