Umno Terengganu Berpecah Tiga...
Kemelut politik BN Terengganu semakin memuncak selepas kedatangan Timbalan Presiden Umno Mahyudin Yasin untuk mendamaikan mereka. Kedatangan Mahyudin diboikot oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Terengganu.
Kem Umno Terengganu yang berpecah dua asalnya diantara nbekas Menteri Besar Dato Idris Yusuf dengan Menteri Besar sekarang semakin melebar. Kini kem mereka berpecah tiga apabila orang kuat Idris Jusuh iaitu Rosol Wahid menjadi kem ketiga. Selama ini Rosol lah yang banyak bersuara dan bertindak bagi mempertahankan Idris Jusuh. Namun Idris sendiri menyepikan diri.
Menurut sumber, berkemungkinan Rosol kecewa dengan sikap Idris itu dan dia yang bergerak bersendirian dilihat seolah-olah 'kuli' kepada Idris. Akhirnya dia membuka kem sendiri yang dituruti oleh bekas-bekas pengikut-pengikut Idris Jusuf.
Antara kekecewaan mereka ialah, MB yang ada sekarang menganak tirikan mereka dalam pembahagian projek. Malah JKKK yang tidak menyokong MB sekarang juga ditukar. Nasib yang mereka hadapi sama seperti nasib yang menimpa penyokong-penyokong Pas pasca kekalahan pilihanraya 2004.
Apa yang mereka mahukan ialah MB Ahmad Said sekarang ditukar. Namun Najib dan Mahyudin tidak dapat menuruti kehendak itu kerana Ahmad Said telah memberi amaran akan membubarkan dun jika kedudukannya dikacau.(Pemuda Lembah Pantai)

No comments
Post a Comment