PKR Perlu Atur Lebih Banyak Strategi Untuk Kukuhkan Parti

SHAH ALAM, 16 November - Parti Keadilan Rakyat Selangor perlu mengatur lebih banyak strategi untuk terus mengukuhkan kedudukan parti itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Konvesyen,Syed Shahir Syed Mohamud berkata pelbagai perkara perlu diberi perhatian termasuklah usaha memperkasa anggota parti dan pimpinan negeri hingga ke akar umbi.

Justeru katanya adalah penting membina hubungan baik antara parti dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Yang longgar diperketatkan,yang goyah dipasak kukuh ,yang santai dideraskan langkahnya…biar hancur berkecai namun akan kita gilap harapan rakyat kerana itulah janji kita kepada rakyat negeri Selangor Darul Ehsan”,katanya.

Syed Shahir berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam Konvesyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, di Shah Alam, petang semalam.

Tambahnya, sokongan yang tidak berbelah bahagi juga perlu diberikan kepada pemimpin teratas parti kerana mereka adalah tunggak kepada kekuatan politik negeri.

Realiti katanya rakyat sentiasa memerhati dan menilai kewibawaan Pakatan Rakyat dalam memerintah negeri.

No comments

Powered by Blogger.