Wanita Berperanan Penting Sebagai Sayap Kanan Parti

SHAH ALAM, 16 November - Peranan wanita kini semakin penting dalam menggilap harapan rakyat, ujar Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha.

Katanya, peranan mereka kini sangat penting terutamanya dalam menentukan kemenangan sesebuah parti politik di Negara ini.

Menurut Haniza, golongan wanita dinegara ini membentuk hampir 50 peratus bilangan penduduk Selangor iaitu kurang sedikit daripada lelaki wanita telah memberi impak yang sangat ketara kepada hala tuju politik dan kerajaan.

“Dengan jumlah yang begitu besar maka kita perlu menjana sokongan daripada kaum wanita”,katanya.

Demikian kata Haniza Talha yang mewakili Wanita Keadilan Selangor ketika membentangkan kertas kerja pada Konvesyen Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam, petang semalam.

Jelas Haniza, Parti Keadilan Rakyat kini lebih kukuh dengan adanya dasar-dasar yang diamalkan dengan memberi penglibatan sama rata kepada golongan wanita.

Kerjaaan negeri Selangor juga bertindak dengan mengiktiraf keupayaan wanita dan dengan melaksanakan pelan tindakan wanita untuk mencapai kejayaan dalam parti.

Katanya, 30 peratus calon-calon wanita yang ditonjolkan adalah berkelayakan dan berwibawa sebagai pemimpin.

“Alhamdulillah langkah pertama yang diambil kerajaan negeri Selangor bawah pimpinan Dato Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid telah melantik empat wanita daripada 10 exco dalam negeri untuk menerajui kepimpinan negeri. Jadi ini membuktikan kesungguhan kita dan kehendak politik di dalam parti keadilan rakyat untuk merealisasikan agenda wanita ini”,katanya.

Kata Haniza, wanita adalah sebagai sayap kanan dalam parti yang bukan sahaja merangka agenda pemberdayaan wanita, malah giat menangani isu-isu berkaitan wanita.

No comments

Powered by Blogger.