Pencapaian Kerajaan Negeri Memacu Pembangunan Selangor

Shah Alam,16November-Pencapaian demi pencapain dikecapi Selangor sejak Pakatan Rakyat menganbil alih pentadbiran di negeri ini.

Ini terbukti melalui perkembangan yang memberangsangkan pelbagai sektor di Selangor dapat dilihat walaupun baru 20bulan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memacu Negeri.

Demikian antara hujah Naib Presiden Keadilan Azmin Ali dalam pembentangannya di Konvensyen PKR,semalam.

“Jadi kita harus akui keupayaan Datuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengurus amanat yang diberikan rakyat di negeri Selangor untuk memastikan hasil khazanah di negeri ini diurus dengan bertanggungjawab dan turun semula kepada rakyat”,kata Azmin.

Peningkatan dalam hasil pelaburan jangka pendek dan hasil pendapatan dalam negeri jelas menunjukkan rancangan kerajaan dalam merakyatkan ekonomi Selangor mula menunjukkan tindakbalas positif.

Berdasarkan draf yang direkodkan,terdapat peningkatan sebanyak 60% dalam pelaburan jangka pendek pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya.

Dan peningkatan hasil pendapatan bernilai RM 271juta.

Antara dasar dasar yang diperkenalkan sepanjang 20bulan ini,ialah Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS),Skim Mesra Usia Emas dan Program Hadiah Anak Masuk Universiti.

Dasar yang diperkenalkan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Selangor.

Selain itu,Azmin turut menyentuh beberapa kelemahan dan masalah yang terbengkalai daripada kerajaan yang lalu.

Antaranya adalah Projek Terbengkalai Alam Perdana yang bernilai RM 375juta.

Ekoran daripada itu,Azmin turut membentangkan beberapa cadangan bagi menangani masalah ini serta isiu isu berbangkit dalam memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

Konvesyen sehari ini berjaya menghimpunkan barisan pimpinan tertingi PKR dalam menyumbangsaran buah fikiran demi kepentingan dan persediaan parti menjelang PRU13.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.