SEKILAS LAPORAN AUDIT BAGI NEGERI PAHANG
3. Perolehan Bahan Api Melebihi Kapasiti Tangki Kenderaan. Proton perdana hanya mampu memuatkan kapasiti minyak sebanyak 64 liter, namun ada kenderaan milik kerajaan negeri yang mengisi sehingga 130 liter. Mungkin Proton Perdana milik kerajaan Negeri Pahang ni bertangkikan tangki traktor. (Lihat jadual di bawah.)
4. Kad Inden Bahan Api Masih Aktif Walaupun Kenderaan Telah Lama Dilupuskan. Ada kenderaan yang tak wujud namun rekod mendapati kenderaan itu masih mengisi minyak. Di Malaysia ni bukan sahja ada pengundi hantu, sekarang ni dan ada kereta hantu. (Lihat jadual di bawah.)
6. Kos Penyenggaraan Kenderaan Yang Tinggi. Kos penyelenggaraan lebih mahal dari harga kereta. Lihatlah no 1, Proton perdana di beli dengan harga RM 117.026, namun kos penyelenggaraannya selepas digunakan selepas 4 tahun berjumlah RM 171,888. (lihat jadual di bawah)
Seharusnya Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di Pahang lebih pro-aktif membawa isu ini dan apa sahaja isu lain dalam Dewan Undangan Negeri. Setiap sen duit rakyat yang hilang mesti dipersoalkan. Janganlah hendaknya YB PR menjadi tukang turut dan tukang urut pada MB. Jangan ada lagi YB PR berbuih-buih mulut memuji MB Pahang kononnya baik hati.
Ayuh bawalah misi Pakatan Rakyat, membongkar segala salah laku dan salahguna yang rakyat. Menjunjung amanah Allah mendokong amanah rakyat.http://najwasuhaimi.blogspot.com/
No comments
Post a Comment