Tuisyen Rakyat: Usaha Awal Selangor Lahir Golongan Cerdik Pandai

SHAH ALAM 9 NOV - Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal bermula tidak lama lagi, pelbagai aktiviti dan kelas tambahan giat dilakukan sama ada di peringkat sekolah mahupun kelas persendirian.

Selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor melahirkan cerdik-pandai dalam kalangan rakyatnya, Tuisyen Rakyat diwujudkan sejak tujuh bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa pelajar.

Tuisyen Rakyat yang dibuat secara percuma oleh kerajaan negeri sebagai usaha memastikan tiada rakyatnya tercicir dan terpinggir daripada mendapat pelajaran secukupnya.

Sehubungan itu, seramai kira-kira 400 pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini telah menyertai tuisyen rakyat anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekysen 11, Shah Alam.

“Penutup ini hanya menumpu kepada fokus subjek yang diambil kita ambil guru-guru pakar yang mana mereka biasa membuat buku, membuat soalan, menanda peperiksaan, dan hari ini penutup iaitu kita fokus untuk peperiksaan. Ada empat subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik,” katanya.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bercakap kepada Tv Selangor selepas menutup program berkenaan.

Program kali ini menumpukan kepada penguasaan empat subjek teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

“Saya melihat dia merangsang kesedaran mereka supaya dia menumpukan kepada pelajaran.

“Dalam program tuisyen ini tidak hanya tuisyen akademik semata-mata, bahkan source key lain kita bina, komunikasi, kepimpinan, juga akhlak dan sahsiah pelajar itu kita tekankan,” katanya.

Tuisyen Rakyat ini melibatkan sembilan Dewan Undangan Negeri Selangor antaranya DUN Kuang, Subang Jaya, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Gasing, Kota Anggerik, Batu Tiga, Seri Andalas dan Kota Alam Shah.

No comments

Powered by Blogger.