10 minit di pasar, 10 jam di masjid
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"(Iaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata): 'Sekali-kali kami tidak mengerjakan suatu kejahatan pun.' (Malaikat menjawab); 'Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan'." (An-Nahl: 28)
***
KETIKA Ramadan ini, jika hari tak bekerja, penulis suka berkunjung ke berlainan masjid bagi menunaikan solat isyak seterusnya tarawih. Bukan apa, penulis mahu merasai kelainan suasana beribadat di masjid-masjig berkenaan.
Suatu malam dalam perjalanan pulang selepas melawat seorang anak di sebuah sekolah berasrama penuh, penulis berkesempatan bersolat di sebuah masjid di Selandar, Melaka. Inilah kali pertama seumur hidup penulis mendapati selepas empat rakaat solat tarawih, diadakan tazkirah, kemudian disambung empat rakaat solat tarawih dan diakhiri dengan solat sunat witir.
Tazkirahnya menarik, mengupas persoalan semasa berdasarkan sebuah hadis yang menyatakan pasar menjadi tempat paling disukai syaitan. Ustaz yang mengupas persoalan ini menyatakan sekarang ini ada pelbagai jenis pasar daripada pasar Ramadan sehingga pasar raya menjadi tumpuan orang Islam sedangkan hadis itu menyatakan tempat paling disukai syaitan adalah pasar.
Katanya, pengunjung berpusu-pusu ke pasar ini, ada yang buat ‘tawaf’ dulu, sebelum membeli barang. Malah ada yang ‘tawaf’ tetapi tidak beli apa-apa. Ada pula yang sengaja ke tempat berjualan bukan untuk melakukan pembelian tetapi mempunyai tujuan tertentu.
“Sepatutnya, sebelum ke pasar, kita senaraikan dulu barang yang hendak dibeli. Apabila ke pasar, kita terus tuju membeli barang berkenaan dan selepas itu cepat-cepat balik,” katanya.
“Janganlah berlama-lama di pasar, lebih-lebih lagi pergi tanpa tujuan membeli barang,” katanya.
“Sebaliknya, mulai sekarang terutamanya selepas masuk pertengahan Ramadan di mana Allah SWT menjanjikan pengampunan-Nya lebih baik kita berlama-lama di masjid,” katanya.
“Berlawanan daripada pasar, syaitan tidak suka masjid, tetapi Allah suka orang memakmurkan rumah-rumah-Nya. Jadi marilah kita lakukan apa yang Allah suka sebaliknya jauhkan diri daripada apa yang syaitan suka,” katanya.
Ketika sebahagian umat Islam mula beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan, alangkah elok direnungkan bahawa seseorang itu mungkin hanya memerlukan masa 10 minit membeli barangan keperluan sama ada di kedai atau pasar sebaliknya menghabiskan lebih banyak masa di masjid.
Jika seseorang itu pekerja pejabat yang tidak dapat meluangkan waktu siangnya di masjid, dia boleh menghabiskan masa sekurang-kurangnya 10 jam di masjid bermula jam 8.30 malam dengan solat isyak dan tarawih. Dia kemudian boleh tidur tetapi bangkit pada jam 3.00 pagi untuk solat malam (qiyamullail) seterusnya bersahur dan solat subuh sebelum meninggalkan masjid jam 6.30 pagi untuk kembali ke rumah seterusnya ke tempat kerja.
Seorang ustaz lain dalam pesanannya berkata amalan baik yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya pada musim Ramadan ialah iktikaf dan qiyamullail.
Katanya, walaupun kedua-dua amalan ini tidak hanya ada pada Ramadan, malah boleh dilakukan di luar Ramadan, ganjaran pahala membezakan antara beramal dalam Ramadan dan di luarnya.
Menurut beliau iktikaf adalah satu amalan sunnah dalam al-Quran, hadis dan secara ijmak yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada 10 malam terakhir Ramadan dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk turut sama bangun melakukan qiyamullail, dengan niat kerananya berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Ia bermaksud membiasakan diri untuk berada dalam masjid kerana taat kepada perintah Allah.
Dalil al-Quran yang menunjukkan amalan iktikaf itu sunnah seperti firman Allah SWT menerusi ayat 125 surah al-Baqarah maksudnya: “Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumah-Ku (Kaabah dan Masjid Al-Haram daripada segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang ang rukuk dan sujud." Begitu juga dalam ayat 187 al-Baqarah: “Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.”
Sementara hadis daripada riwayat Aisyah beliau berkata: “Bahawa adalah Rasulullah s.a.w. beriktikaf 10 malam terakhir Ramadan hingga baginda wafat, kemudian amalan itu dilakukan pula oleh para isterinya.” (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kata ustaz itu orang beriktikaf perlu menjauhkan diri daripada perkara merosakkan pahala iktikaf seperti berlama-lamaan di pasar sebaliknya jika ada keperluan lakukan dengan segera dan bergegas kembali ke masjid.
Adalah wajar mengambil masa paling singkat, mungkin 10 minit atau lebih sedikit daripada itu untuk membeli barangan keperluan. Apabila masa bagi urusan ini dapat dijimatkan, seseorang itu akan mempunyai lebih banyak masa untuk beriktikaf di masjid.
Berhubung penggunaan masa ini, penulis teringat lontaran pandangan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mengenai kecenderungan orang ramai memilih orang baik-baik sebagai imam 10 minit (solat) tetapi tidak mengutamakan ciri itu ketika memilih pemimpin seperti Adun atau ahli Parlimen yang ‘berkuasa’ sepenggal (lima tahun) atau dua penggal (10 tahun).
"Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul baik. Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi. Kita tidak pilih kaki botol.
"Bagaimanapun apabila lantik pemimpin, ini imam juga, kita pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita pilih yang tak amanah. Imam sembayang 10 minit aja, tapi kita nak yang terbaik, tapi imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu penggal pilihan raya) atau 10 tahun, takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis ini," katanya.
“Kalau memilih imam solat, kita pilih yang terbaik di kalangan kita, tentulah apabila memilih pemimpin, kita akan memilih yang terbaik. Ini tidak, yang rasuah juga yang dipilihnya,” tegasnya.
Menurut beliau jika imam masjid saja (masa bertugasnya 10 minit setiap solat) dipilih di kalangan 'orang baik-baik' sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirlah umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala!
[Sumber]

No comments
Post a Comment