Cabang Bukit Bintang Tetap Utuh
Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 29 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Bukit Bintang, Abd Rahman Abd Hakim menyangkal dakwaan bekas Ketua Cabang Bukit Bintang, Mahmood Abdullah yang mengatakan cabang tersebut bakal lumpuh sebagai tidak berasas.
Laporan media menyatakan Mahmood bersama 15 ahli jawatankuasa cabang tersebut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno Jumaat lalu.
"Menurut rekod kami, Mahmood Abdullah ini merupakan orang yang tidak aktif. Dia juga gagal untuk menyiapkan minit mesyuarat bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATB)," kata Abd Rahman ketika dihubungi Suara Keadilan.
Abd Rahman turut menjelaskan tindakan yang diambil oleh Mahmood itu adalah usaha untuk mensabotaj KEADILAN Bukit Bintang.
"Kami semua (dari Cabang Bukit Bintang) sepakat untuk membuat beberapa pertemuan dan sidang akhbar tergempar yang diadakan adalah untuk menafikan bahawa ahli jawatankuasa cabang turut menyertai beliau menyertai Umno. Hanya dia seorang sahaja yang masuk Umno, yang lain tk ikut serta," tambah beliau.
Sidang media semalam turut dihadiri tiga Naib Ketua Cabang iaitu Norzahri Jantan, Syed Norazizol Omar dan Puspalingam, Setiausaha, Badrul Hisham Hanafiah dan Ketua Penerangan, Mohd Afifuddin Osman.
"Kenyataan beliau bahawa cabang kami bakal gulung tikar adalah meleset sama sekali. Bahkan kita akan turut serta dalam pemilihan akan datang dan akan menghantar borang pada 5 September nanti," tegas Abd Rahman optimis.

No comments
Post a Comment