Hudud: Impian PAS perlu sokongan besar Parlimen, kata Zaid

KOTA BARU, 26 Ogos — Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan, kata penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat),” katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud biarpun rakan pakatan pembangkang, DAP, membantah hasrat itu dengan menyifatkan Malaysia adalah negara sekular.

Zaid yang sebelum itu menyampaikan sumbangan hari raya kepada orang kurang upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini, berkata perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukum hudud di antara PAS dan DAP hanyalah berasaskan perbezaan impian politik masing-masing.

“Ketiga-tiga parti (PAS, DAP, PKR) telah bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara,” katanya dan menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009. — Bernama

1 comment

bat8 said...

Tuan,

1. PAS kena cerdiklah skit dalam time sekarang ni. Betul juga kata zaid, yang penting sekarang adalah menawan putrajaya dulu. Lepas tu kita bincang kerana dalam keadaan sekarang, PAS tidak mempunyai majority 2/3 untuk mengubah perlembagaan untuk melaksanakan hudud.

2. bilalah pemimpin PAS nak cerdik dengan sepak terajang politik UBN ni. Dah sah the star tu geng depa, pandai-pandailah jawab untuk mematikan langkah mereka hendak perdajalkan PAS.

3. Pemimpin PAS perlu akur dengan saranan zaid ini. Walaupun dia lulusan mat salleh, dia dapat memahami realiti politik hari ini dengan lebih jelas berbanding dengan pemimpin PAS.

Zaid sekarang bukan zaid dahulu lagi yang menyaman kerajaan PAS kelantan pasal hudud dulu.

aku yakin keyataan dia mengenai hudud adalah sesuatu yang tidak kita jangka, berlapik sakan jika kita bandingkan dengan perangai dia semasa UMNO.

akhir kalam, aku harap pemimpin PAS berfikirlah semula tenang strategi hudud ini. yang penting ia dapat dilaksanakan setelah Pakatan berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Tidak ada gunanya cuba buat keras kepala sekarang tanpa pertimbangan siasah yang jitu, yang pasti akan mengagalkan peluang merampas putrajaya. Gagal rampas putrajaya bermakna peluang nak melaksanakan hudud tertutup terus. Wahasil balik asal....jadi cerdiklah skit pemimpin PAS ooi!

bat8

Powered by Blogger.