Nurul: ‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umno-BN berterusan’
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan menteri Kabinet bahawa beliau berdosa, sebaliknya menegaskan “lagi berdosa kalau membiarkan kezaliman bermaharajalela.”
“Sememangnya jihad terbesar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.
“Justeru, panduan saya hanya al- Quran dan sunah, bukan sesetengah pimpinan yang memilih bulu dalam memperjuangkan prinsip,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini membalas pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jamil Khir berkata mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa.
“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.
“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya.
Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa Nurul Izzah, yang didakwa mengeluarkan
kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Dalam temu bual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

1 comment
cayalah YB Nurul... seorang lulusan agama belum tentu mendapat Hidayah dari Allah, walaupun sijilnya besar poncho (si jamil tu tau la poncho tu besar mana sebab dia ex-army)... sebab orang yahudi tu lagi paham isi Al-Quran dari kulit ke kulit tapi masih engkar malah mencabar Syariat Allah... kalau di Malaysia ni hanya ada satu kumpulan je yang berperangai yahudi ni.. kalau pasal mengengkari perintah Allah ni dia lah juara... malah sesat lagi menyesatkan
Syabas YB... semoga Allah terus Merahmati dan Memberkati segala usaha dan perjuangan YB dalam memperjuangkan kedaulatan Islam, keadilan dan hak rakyat.
Post a Comment