Khalid minta umat Islam asing adat, hukum hakam nilai seseorang
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta umat Islam mengasingkan adat dan hukum hakam agama dalam menilai perbuatan seseorang baik sesama Islam mahupun bukan Islam.
Merujuk kepada kontroversi Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berucap di Surau Al-Huda Kajang Ahad lalu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini.
Khalid (gambar) juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi, sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah.
“Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama.
“Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik,” kata beliau dipetik TVSelangor.
Tegas beliau, selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
“Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan Melayu dan bukan Islam daripada Islam,” kata beliau.
Khalid juga berkata, semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran.
Sebaliknya menurut beliau, Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan Melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama.
“Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam.
“Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama,” katanya.
Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya.
Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.MI

No comments
Post a Comment