Strategi 'Pecah Dan Perintah' Untuk Musnahkan Blogger Pro-UMNO Bermula?

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Ramai penganalisis dan pemerhati politik berpendapat blog kini menjadi instrumen terpenting, bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Antara faktor besar kejayaan Pas dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog ini

Blog dikatakan menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 yang dikendalikan Zentrum Future Study Malaysia mendapati, blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, Pas adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melalui blog.

Pihak pembangkang telah menggunakan sebaiknya (blog) dan dengan seburuk-buruk cara memfitnah dan mencerca pemerintah.

Berbagai tohmahan dan cacian serta gambar-gambar superimpose yang mencemarkan serta menghina pemimpin-pemimpin kerajaan dibuat

Kalau diperhatikan, sebenarnya serangan terhadap kerajaan melalui laman- laman blog dan Internet sudah wujud sejak pilihan raya 1999, tetapi strategi itu gagal membantu kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif langsung dalam pilihan raya 2004.

Blog dan laman web hanya menjadi satu medium komunikasi yang berpengaruh pada 2008 apabila mood rakyat terhadap kerajaan bertukar ekoran kenaikan harga minyak selepas pilihan raya 2004.

Akhirnya mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri terpaksa mengakui, media internetlah merupakan punca kekalahan BN yang dipimpinnya dalam PRU ke-12.

Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.

Namun semua itu seolah-olah menjadi hikmah apabila sejak itu, kita lihat seolah-olah berlakunya gelombang kebangkitan blogger yang pro-kerajaan khususnya UMNO

Blogger-blogger ini muncul bagaikan cendawan selepas hujan.

Mereka 'menendang', 'menumbuk' dan 'menepis' setiap tohmahan bagaikan bertarung di dalam gelanggang silat.

Semuanya atas kesedaran, tanpa ditaja mana-mana pihak.

Malah mereka yang tiada komputer sebagai contoh, sanggup pergi ke kafe-kafe siber dan menggunakan duit dari poket sendiri untuk 'berjuang'

Sejak pada itu, kita lihat ramai blogger yang sudah pun ada 'funder' sendiri, dah mampu hidup mewah dan sebagainya.

Ramai blogger yang dulunya blog mereka 'bersawang' dan ibarat hidup segan mati tak mahu, kini semakin meriah dengan kehadiran pengunjung hingga blog mereka mencatatkan hits yang berjuta

Malah ramai juga blogger yang mempunyai pengikut yang tersendiri sehingga mereka adakalanya lebih 'glamour' daripada artis

Ia memang memberi impak yang besar kepada blogger pro-pembangkang

Bak kata blogger Braveheart, kebangkitan blogger-blogger pro kerajaan khususnya UMNO serta peranan mereka dilain-lain media sosial seperti di Facebook telah memberikan tamparan hebat kepada blogger pro pembangkang bahkan parti politik pembangkang juga.

Namun saya baru-baru ini ada mendengar rintihan segelintir blogger pro-UMNO mengenai bagaimana sudah ada 'permainan' untuk melaga-lagakan hubungan di antara sesama mereka.

Yang paling sedih, kononnya ada blogger elit, blogger yang kononnya 'rapat' dengan pihak tertentu dan mempunyai hits yang tinggi, mula memandang rendah kepada blogger-blogger marhaen ini.

Blogger-blogger picisan ini merasakan mereka semakin dipinggirkan dan tidak dipedulikan

Sedangkan di awal kebangkitan blogger pro-UMNO ini, mereka boleh dikatakan mesra dan sama-sama berjuang demi untuk parti keramat ini

Kini dah macam ada kasta pula.

Bagi saya semua ini mudah saja untuk kita simpulkan.

Saya berpendapat, inilah saja 'senjata' terakhir pembangkang, iaitu senjata untuk memecah-belah dan mengadu-domba di antara sesama blogger pro-UMNO

Pembangkang tahu, dengan cara ini saja mereka boleh menghancurkan kekuatan blogger pro-UMNO yang semakin hari semakin berpengaruh dalam dunia maya ini

Dalam strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’, ia bukanlah sesuatu yang hanya baru digunakan di zaman moden ini.

Sekiranya ditelusuri sejarah, strategi ini bukan hanya bermula setelah Machiavelli membincangkannya dalam The Art of War, tetapi berkemungkinan telah diaplikasikan sejak manusia mula bersengketa secara berkumpulan.

Pemerintah Rom, Ceaser, dikatakan telah menggunakan strategi ini untuk menghadapi dan menguasai kaum Yahudi.

Semasa zaman Rasulullah saw, strategi ini juga digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan keutuhan umat Islam.

Satu peristiwa yang dinukilkan sendiri oleh al-Quran berkaitan perkara ini ialah tindakan kaum Yahudi melaga-lagakan kaum `Aus dan Khazraj.

Hasutan kaum Yahudi ini talah hampir-hampir mencetuskan peperangan di kalangan kedua-dua kabilah itu sehinggalah Rasulullah saw dengan pantas telah berjaya memadamkan api kemarahan tersebut.

Sememangnya dimaklumi bahawa kaum Ansar dari kalangan kabilah `Aus dan Khazraj adalah tunjang kekukuhan negara Madinah pada ketika itu.

Merekalah yang telah memberi kesanggupan yang tidak berbelah bahagi membela Rasulullah saw dan menolong saudara mereka dari kalangan Muhajirin.

Menyedari perkara tersebut kaum Yahudi dan golongan munafik melihat bahawa tidak ada strategi lain untuk melemahkan negara yang diperintah oleh Rasulullah saw selain daripada melemahkan kaum Ansar.

Lalu merekapun mengaplikasikan strategi pecah dan perintah dengan mengapi-apikan semangat perkauman antara `Aus dan Khazraj.

Kedua-dua kabilah hampir-hampir mencetuskan peperangan baru, yang kesannya akan melemahkan kekuatan negara Islam Madinah pada ketika itu.

Rasulullah saw sebagai seorang Rasul menerima wahyu dan sebagai seorang pemimpin yang bijaksana cepat-cepat mencium strategi pecah dan perintah pihak musuh ini, lalu persengketaan itu dapat diselesaikan.

Malah ketika kuasa-kuasa imperialis Eropah menjajah dunia Islam, strategi yang sama digunakan.

Jadi saya berharap sangat agar kekuatan yang telah kita capai dan nikmati ini jangan dihancurkan begitu saja.

Blogger pro-UMNO kena terus maju ke hadapan tanpa perlu mengambil pusing usaha untuk memecahbelahkan mereka, yang penting kuatkan ukhuwah dan jati diri di antara kita

Jangan hanya satu dua perkara yang remeh-temeh, solodariti di antara kita musnah begitu saja

Untuk membina Kota Rom mengambil masa 1000 tahun, tetapi untuk memusnahkannnya hanya mengambil masa sehari.

Ingat ini sampai bila-bila!

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.