Ruang nilai niat MP, ideologi politik desparado
ANALISIS, 29 Ogos — Kira-kira setahun lalu isu yang hampir sama dibangktikan. Pada Ogos 2009, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjadi tumpuan polemik kerana dikatakan berucap pada majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas.
Hari ini, isu yang sama berulang dan menjadi kontroversi.
Selepas setahun, kunjungan dan ucapan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching pula menjadi hangat dalam medan perang kenyataan media.
Sementara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengeluarkan surat amaran kepada wakil rakyat dan ketika ada pihak yang terus menyerangnya menerusi kenyataan media, beberapa pemimpin termasuk Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat penggal pertama itu menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda seminggu lalu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula menyifatkan DAP tidak sensitif manakala Teo pula terlalu naif.
Di sebalik urutan kenyataan dan reaksi, penganalisis berpendapat wakil rakyat sepatutnya tahu batas-batas dalam berpolitik, bukannya mencampurkan agama dan politik sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Dalam hal ini, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian menarik perhatian, sepatutnya sensitiviti agama perlu dipertahankan.
Jangan sesekali bertindak di luar batasan kerana ia boleh memberikan impalikasi dalam hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata beliau.
“Nilai-nilai agama ini sepatutnya dipertahankan dan dijaga supaya ia menjadi satu pegangan oleh semua kaum.
“Ini kerana jika kita menghormati agama dan budaya kaum lain baru mereka juga akan menghormati agama dan budaya kita,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sivamurugam bagaimanapun berkata, bukan Teo sahaja yang harus dipersalahkan tetapi pihak yang membenarkan beliau memasuki ruang solat itu juga harus dipersalahkan.
Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman pula berkata, Teo sepatutnya tidak memasuki ruang solat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.
“Kalau masuk ke ruang solat ia memang tidak boleh, sepatutnya jawatankuasa surau juga perlu peka akan perkara ini.
“Tetapi kalau Teo berada di luar ruang solat ia tidak mengapa,” katanya.
Beliau berkata orang bukan Islam yang ingin memasuki kawasan surau atau masjid perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu berpakaian sopan dan menutup kepala.
“Kalau masuk untuk beri ceramah politik itu tidak dibenarkan. Bagi saya jika hanya ucapan biasa selepas memberikan sumbangan itu tiada masalah,” katanya.
Sivamurugam, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM berkata, aspek agama dan politik sepatutnya tidak dicampuradukkan hanya kerana kepentingan politik sahaja.
“Beliau (Teo) harus tahu bahawa tindakannya akan menimbulkan masalah.
“Bagi saya ia adalah satu tindakan tidak wajar yang dilakukan seorang ahli Parlimen,” katanya sambil menambah, agama adalah satu aspek penting dan tinggi kedudukannya.
“Jadi semua pihak seharusnya peka dan jangan sesekali campur aduk soal agama dan politik demi menjaga keharmonian negara,” tegasnya.
Menurutnya, tindakan wakil rakyat itu seolah-olah menunjukkan DAP sudah bertindak di luar batasan.
“Saya lihat kesan tindakan Teo ini amat mendalam,” katanya.
Teo dalam kenyataannya semalam berkata, beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.
Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.
“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.
Bagi pensyarah sains sosial dan kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling, Islam melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat apatah lagi memberikan ucapan.
“Ini bukan fatwa tapi dalam Islam memang tertulis orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat.
“Jadi memang sudah jadi kewajaran orang Islam di negara ini bimbang dan marah dengan tindakan yang dilakukan Teo,” kata beliau sambil menambah, sepatutnya Teo faham akan sensitiviti orang Islam dan jangan bertindak di luar batasan.
Apakah media pro-Umno dan BN membesar-besarkan isu ini?
Menjawab soalan ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, tindakan seumpam itu hanya akan menimbulkan rasa kurang selesa antara orang Islam dan orang bukan Islam.
“Bagi saya isu ini cuba diperbesarkan oleh akhbar arus perdana dan ia seolah-olah menjadi satu strategi untuk menjatuhkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR).
“Walaupun orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat, janganlah hendak memperbesarkan isu ini. Dapatkan maklumat tetap dulu baru boleh tahu keadaan sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Dalam hal ini, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad membidas tindakan Umno-BN sengaja mempolitikkan isu Teo sambil menyifatkan ia seolah-olah terdesak kerana sanggup mengamalkan “politik desparado” semata-mata mahu menjatuhkan wakil rakyat PR.
Dzulkefly, Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan bahawa BN tiada hak untuk mengadili Teo apatah lagi mengatakan beliau bersalah kerana menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau tersebut.
“Apa hak BN untuk menjatuhkan hukuman kepada Teo?
“Adakah salah jika Teo masuk ke ruang solat surau itu untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat?” soal beliau.
Justifikasi beliau Teo hanya menjalankan tugas dan kewajibannya kepada rakyat sebagai seorang wakil rakyat.
“Niat beliau (Teo) baik iaitu mahu memenuhi kehendak rakyat, malah saya percaya beliau berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik.
Bagaimanapun beliau mengkaui dalam usaha tersebut iaitu menjalankan tanggungjawab mungkin ada kesilapan etika yang dilakukan.
“Jadi, kita seharusnya memperbetulkan kesilapan itu.
“Jangan kerana kesilapan itu, kita hendak salahkan beliau kerana bagi saya ia memang satu tindakan yang tidak wajar,” katanya.
Beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan, The Malaysian Insider ada bertukar fikiran dengan ahli-ahli politik tentang sejauh mana BN dan PR akan menghadapi persekitaran politik menjelang 1 Syawal ini.
Jawapan yang diberikan memang menarik khususnya dari sudut penguasaan jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor.
Pastinya, ketika cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan semakin ‘hangat’, soal penguasaan pengurusan rumah ibadat dan politik kepartian tidak dapat dipisahkan.
Sekali lagi ia menjadi ukuran sempadan antara niat pemimpin politik dan politik desparado di Selangor. Begitu juga di peringkat nasional!
[Sumber]

No comments
Post a Comment