Terpesona Dengan Umno Sampai Kebas Otak




Ketua Ulama Muda Umno meminta persoalan berikut dirungkai secara akademik dan hukum mengenainya dikeluarkan.

* Hukum hakam khutbah secara umum
* Hukum tidak mentaati pemerintah
* Hukum mendoakan pemerintah Muslim
* Hukum menyebut nama pemerintah
* Hukum mendoakan non-Muslim
* Hukum tazkirah sebelum khutbah
* Hukum khatib mengangkat kedua tangan ketika berdoa
* Hukum binaan mimbar yang mahal
* Hukum tongkat khatib yang mahal-mahal.

Bila agaknya Ketua Ulama Muda Umno akan membincangkan perkara berikut secara akademik dan mengeluarkan hukum mengenainya?

* Hukum mengenai hukuman sebelum dibuktikan bersalah dalam kes saman ekor?
* Hukum mengenai pemerintah yang menggunakan kuasa untuk memeras rakyat dengan pelbagai kenaan bayaran?
* Hukum mengenai pemerintah yang pilih kasih dengan negeri-negeri yang berada di bawah kerajaan persekutuan?
* Hukum mengenai perampasan royalti petrol dan pelanggaran perjanjian?
* Hukum mengenai penolakan terhadap pengenalan penggunaan dinar dan dirham?
* Hukum mengenai Felda yang tipu peneroka?

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.