Tiga remaja mengaku salah simbah surau dengan cat merah
SEREMBAN, 27 Ogos — Tiga daripada empat remaja yang ditahan berhubung kejadian surau disimbah cat merah dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat Isnin lepas, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Mereka mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak di sini petang ini.
Seorang lagi remaja, berusia 18 tahun, telah dibebaskan.
Majistret M. Mageshwary membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 22 September sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan akhlak ketiga-tiga remaja itu.
Tertuduh pertama berumur 17 tahun, tertuduh kedua berumur 15 tahun dan tertuduh ketiga berumur 16 tahun, yang berasal dari sekitar Ulu Temiang dan Sikamat di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Dalam pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja didakwa melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Bagi setiap pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh pertama turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Lee Kong Fei manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.
Semalam, ibu bapa remaja berkenaan memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan di surau itu.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu.

No comments
Post a Comment